Sejak mula berkerja daripada tahun 2010 sehingga tahun 2015 saya tidak pernah ada DANA KECEMASAN yang mencukupi walaupun gaji tiap-tiap tahun ada kenaikan sekitar 8%-12%. Ramai pakar-pakar kewangan menyarankan agar kita mempunyai Dana Kecemasan sebanyak 3bulan hingga 6bulan daripada pendapatan bulan.
Pelbagai kaedah saya terokai bagi membolehkan saya mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menghadapi saat kecemasan. Diantaranya adalah:
1. Labur Forex RM5k - Hasilnya semua ditelan dek spekulasi dan rasa tamak. Sekiranya kita hendak bina Dana Kecemasan saya tidak syorkan kita labur duit dalam Forex kerana risikonya amat tinggi. Forex hanya sesuai dilabur jika kita ada duit lebihan yang kita tidak kisah akan kehilangannya.
2. Labur Stock Market - Hasilnya ada untung dan ada rugi tetapi secara kesulurahannya ia tidak sesuai untuk kita yang TIDAK mempunyai Dana Kecemasan yang mencukupi. Risikonya hampir sama dengan Forex dan agak sukar untuk kita menganggarkan naik turun sesuatu stock market.
3. Main Kutu RM7K satu kepala - Saya dan suami masuk 3 kepala dan hasilnya RM21K hangus dibelanja entah ke mana. Niat dihati ingin disimpan dalam ASB tetapi apakan daya apabila emosi & nafsu bermain dengan duit. Sampai sekarang menanggung beban RM600 setiap bulan sehingga Feb2017.
4. Simpan sehari RM5 dalam tabung - Tabung belum pun penuh tetapi tangan sudah gatal menghabiskannya terutama ketika hujung bulan. Hasil tabungan belum cukup 1/4 pendapatan bulanan, habis semua dikerjakan.
Kaedah pertama dan kedua saya amat tidak galakkan untuk kita bina Dana Kecemasan kerana ia mempunyai risiko yang tinggi. Silap hari bulan mungkin akan menyebabkan kita menghadapi kerugian yang besar seperti kebanyakkan trader selepas peristiwa BREXIT.
Kaedah ketiga dan keempat hanya sesuai untuk sesiapa yang mempunyai DISIPLIN yang TINGGI dalam menepis dan menangkis jentikan nafsu dengan duit.
👍👍💡💡KAEDAH KELIMA adalah kaedah TERBAIK yang pernah saya cuba dan berjaya amalkan secara ISTIQAMAH sehingga sekarang iaitu menabung EMAS Fizikal 1gram setiap bulan. Setiap kali gaji saya akan memperuntukkan minimum 1gram setiap bulan dan jika ada lebihan duit saya akan tukarkan kepada GRAM EMAS.
Saya mula membina Dana Kecemasan dengan bermodalkan 5gram EMAS melalui Akaun EMAS GAP Public Gold pada 25 Julai 2015. Alhamdulillah saya kekal ISTIQMAH Menabung EMAS Fizikal sehingga sekarang. Pantang ada extra pendapatan (BONUS), pasti saya akan tukarkan duit tersebut kepada GRAM EMAS. Hasilnya saya berjaya membina Dana Kecemasan daripada ZERO kepada hampir 5bulan pendapatan bulanan saya.
Jujur saya katakan dengan EMAS saya belajar banyak ILMU tentang pengurusan kewangan secara tidak langsung. Dengan EMAS juga telah mengubah cara hidup saya daripada ZERO Simpanan kepada HERO Tabungan.
Sekadar perkongsian daripada perjalanan kewangan saya dalam membina Dana Kecemasan Jika sahabat menghadapi perkara yang sama dan masih mencari kaedah terbaik, InShaALLAH saya sudi memberi bimbingan secara percuma dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

0 comments:
Post a Comment