Majoriti kaum wanita gemarkan barang perhiasan . Jadi tak hairanlah jika mereka tidak setuju bila saya beritahu barang kemas tak sesuai dijadikan pelaburan . Jadi untuk menjelaskan lagi persoalan ini , cuba baca penjelasan mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie tentang isu ini :
.
Untuk tujuan 'pelaburan', barang kemas kurang sesuai.
Gold bar atau dinar jauh lebih baik.
Barang kemas rugi sebab:
.
(1) Harga Lebih Mahal
Dengan bajet yang sama, kita boleh dapat GRAM lebih banyak kalau beli gold bar / dinar yang rata-ratanya dijual lebih murah 10% - 15% berbanding harga barang kemas.
.
(2) Spread / Susut Nilai Lebih Tinggi
Bila nak jual balik nanti, spread (potongan harga dari harga semasa) yang dikenakan oleh pekedai emas sekitar 25%, bahkan boleh cecah 40%.
Sedangkan gold bar / dinar, spreadnya boleh dapat serendah 5%, dan tak lebih 15% (bergantung kepada pengeluar). Kalau emas Public Gold, spread paling tinggi cuma 8%.
Kalau barang kemas, saya boleh katakan mustahil boleh dapat emas yang spread bawah 15%.
.
(3) Kos Upah Yang Boleh Dimanipulasi
Kalau tengok harga barang kemas, jangan lupa tanya kos upahnya sekali. Kos upahnya berbeza mengikut kedai dan kehalusan pembuatan barang kemas itu. Kadang-kadang harga yang dipaparkan tu agak rendah, tapi bila ditambah dengan kos upah pembuatan, harganya jadi mahal juga. Bahkan kadang-kadang kosnya membolehkan kita beli lagi 1 gram emas berbentuk gold bar!
.
Jadi kalau beli emas untuk PELABURAN, beli dalam bentuk gold bar / dinar sahaja. Kalau untuk PERHIASAN, barulah barang kemas. Barang kemas pun untung juga, tapi TEMPOH MENUNGGU jauh lebih lama berbanding gold bar & dinar...
P/s- Bagi kaum wanita, beli barang kemas 1 atau 2 set saja dah memadai untuk perhiasan dan koleksi peribadi kita👌

0 comments:
Post a Comment