FAQs (Dealer Public Gold)





Assalam dan Salam Sejahtera buat semua Fans Teratak Emas sekalian.

Disenaraikan beberapa soalan yang sering ditanya oleh bakal Dealer sebagai penambah semangat dan keyakinan sebelum memulakan langkah bersama kami membina Empayar Emas yang penuh gemilang.

=======================================
(Q1) Apa kelayakan menjadi Dealer Public Gold ?
=======================================
✔️ Berusia di atas 18 tahun

✔️ Terbuka kepada sesiapa sahaja walaupun kalian bukannya Warganegara Malaysia

✔️ Dengan membuat pembelian Emas berjumlah RM30,000 secara automatiknya kalian bergelar Authorized Dealer Public Gold

✔️ Kebiasaanya pada setiap bulan Public Gold International menawarkan promosi tertentu pada harga istimewa untuk bergelar Dealer misalnya promosi September 2016 khusus untuk pekerja kerajaan (pembelian GAP RM5,000) dan pelajar (pembelian GAP RM2,500). Pada masa yang sama, sesiapa yang mengikuti Mega Seminar juga berpeluang mendapatkan status Dealer dengan harga mampu milik

✔️ Tiada yuran keahlian sama sekali yang mana jumlah kelayakan kalian adalah berdasarkan kepada jumlah Emas yang di beli

=======================================
(Q2) Sekiranya saya menjual kesemua Emas yang telah dibeli, adakah saya masih bergelar Dealer Public Gold ? 
=======================================
✔️ Ya ! Sudah tentu, walaupun Emas kalian sudah tiada digengaman. Tetapi, pastikan kalian membuat sebarang pembelian dalam tempoh 6 bulan sebelum pengiktirafan ini ditarik balik

=======================================
(Q3) Adakah adanya sebarang Program Keusahawanan dan latihan diberikan untuk setiap mereka yang bergelar Dealer Public Gold ?
=======================================
✔️ Ya !  Untuk memastikan kalian memiliki kemahiran sebagai Duta Public Gold yang hebat, latihan di bawah ini disediakan khusus untuk anda:

✅ Sales Intensive Training (SIP)
✅ Program mingguan PG1 System
✅ Monthly Dealer Branch Meeting
✅ Monthly Mega Seminar di setiap branch
✅ Jutawanemas Leadership Training (JLT)
✅ Bimbingan penuh dari Head Of Branch dan Mentor Emas / upline kalian
✅ MD Forum (Khas buat Master Dealer)
✅ Beberapa latihan yang perlu dari masa ke masa

✔️ Aspek paling penting untuk menjadi seorang Dealer Public Gold adalah kemahiran dan pengetahuan mengenai Emas, faham dan yakin akan kelebihan Public Gold serta ilmu beberapa Ilmu sampingan (komunikasi, analisis teknikal berkaitan Emas, fundamental dan selainnya) untuk memudahkan orang ramai faham dan yakin akan kepentingan menyimpan Emas

✔️ Program SIP Penang adalah sangat disyorkan kepada setiap Dealer baru sebagai penambah semangat juga memahami dengan lebih mendalam apakah itu Public Gold International, produk keluaran juga Visi syarikat di mana semua Dealer Public Gold dikumpulkan di Pulau Pinang selama 2 hari 1 malam untuk melihat sendiri Public Gold HQ (bagaimana operasi syarikat berjalan, system database Oracle Public Gold, melawat PG Museum dan juga berpeluang untuk meluangkan masa dengan Founder Public Gold iaitu Dato’ Wira Louis Ng)

=======================================
Bagaimanakah pembayaran komisyen yang akan diberikan kepada Dealer Public Gold ?
=======================================
✔️ Pihak pengurusan Public Gold International membayar komisyen pada setiap 20hb (sekiranya ada Sales pada bulan sebelumnya) dan akan di Bank In secara terus ke akaun kalian

✔️ Perlu diingat bahawa jumlah komisyen bergantung kepada status dealership kalian.
✅ Normal Dealer 1%
 ✅Priority Dealer 1.5%
✅ Master Dealer 2%

0 comments: